Showing posts with label Touch da Food. Show all posts
Showing posts with label Touch da Food. Show all posts

Wednesday, March 23, 2016

Resepi Ayam Sambal Bali (SbS)-copy Dari fab


Resepi Ayam Sambal Bali | Ini adalah resepi pertama yang saya share dengan kawan di fb dalam 4 tahun yang lepas.. Ayam Sambal Bali.. 

Resepi turun temurun keluarga sebelah arwah mama saya. dulu kat kampung, masak ni masa raya je,slalu sampai 15 ekor ayam.. licin..

Alhamdulillah sedap banget.. kawan-kawan yang dah cuba, tau la kan.. hikhik.. masak ni mula-mula kalau kurang jadi jangan putus asa.. uba lg ok

Nk minta tlg hadiahkan Al-fatihah utk mama sy,Hamidah Adam..tqvm


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Sumber : Aisha Shukor




Ni seekor ayam yang dah dibersihkan dan selawat, tos.. kunyit garamkan xperlu banyak sangat.. cukup satu camca kecil garam dan kunyit..



Panaskan minyak satu cawan.. minyak memang lebih sikit.. nanti nak guna untuk tumis.. goreng ayam tak perlu garing.. nak juicy.. angkat



Ok,disebabkan uolls xpnh rasa original nyer, sila ikut resepi ni sebiji2 ya..jangan tanya kenapa banyak tu ok.. ikut je.. jangan degil..hihi.. jangan risau.. In Sha Allah jadi.. sukatan untuk seekor ayam..

1) Blend Cili kering segenggam.. Bawang besar yg merah ya 6 biji (byk bwg br sedap), bwg putih satu labu,halia sikittt je,hujung jari kelingking n belacan besar stgh ibu jari

2) Serai dititik-8btg (ni yg kurus ya..klau serai yg gemuk2 tu cukup 5btg)

3) Daun kari 6tangkai-cuci n tos

4) Kicap tamin (renjis smp dpt warna mcm pic sy atas tu)

5) Gula 3sudu besar (jgn risau manis,sbb nti rasanye akn balance)

6) garam dua camca kecil



Minyak ayam tadi tu, gorengkan serai, sampai separa coklat



Masukkan daun kari sampai garing (bukan hangus)..api sederhana ya



Dah dapat warna cantik camtu, baru masuk semua yang dah blend tadi.. tumis sampai naik bau dan garing



Masuk gula, garam dan renjiskan kicap dalam 5 kali renjis.. jangan banyak sangat dulu.. biar warna merah maroon..



Masukkan ayam dan masak lagi 10 minit



Siap.. jangan makan terus lepas masak.. biar la dulu dalam setengah jam.. makan esok lagi aduii sedapppnyerr.. 

Selamat mencuba..
Jangan lupa share

Saturday, November 30, 2013

Mee Kuah Mak Melah

Mee Kuah ni, mmg tersangatlah sedap...
Mak Melah is my beloved mom. Mak cerita, dulu masa mak bukak kantin kat Sek.Keb. Sungai Bogak,
Klu hari mak buat mee kuah, guru besaq pi meeting kat luar sekolah pun, akan balik lunch kat kantin nak makan mee kuah mak jugak.. Hebat kan...
Camana boleh sedap sgt mee kuah Mak Melah ni...
Rahsianya adalah, bahan yang digunakan mcm tulang,daging, udang, mestilah fresh. Bapak cukup pantang klu pi market beli barang2 yang x fresh. Pastu, kombinasi sos cili n kicap tu mestilah betul, mak da sgt pro buat mee kuah ni x yah nak ukur secawan 2 cawan, lempaq lempaq ja dlm periuk, sure sedap punya.

Ni resepi istimewanya..


Bahan2

2 bungkus me
Daun bawang daun sup
Bawang merah 5 ulas dihiris
12 biji cabai kering*
3 biji bawang vesar*
1labu bawang putih* 1/2 kisar, 1/2 ketuk2
Sekilo tulang
Setengah kilo daging
Satu botol kecil sos cili
1/2 cawan kicap
2camca serbuk sup
Satu senduk kecik minyak

Goreng cili kering hingga keras.
Daging dan tulang direbus hingga empuk
Kisar dgn * . 
Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih sampai kuning.
Masuk daun bawang daun sup. Kemudian masukkan
bahan2 yg dikisar tadi., Kacau hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan daging. Masukkan serbuk sup, sos cili, kicap, 
garam, masak hingga mendidih. 
Kalau masak bnyk, bubuh gula sikit. 
Kalau nak pekat, masukkan sedikit tepung jagung

Masaklah atas api sampai daging lembut... 

Tuesday, January 22, 2013

Ikan rebus * Simple yet tasty

On my way back from office, dekat Tanjung Bungah area, ada uncle jual fresh fish every evening.
Ikan2 dia, mmg fresh from laut. Sometimes ad ketam and udang jugak dijual. My catch for today is 
ikan bawal 2 ekor. A bit pricy for one people eating but i love fresh fish..Nyummy. 

First in mind, nak buat sweet and sour. Sampai rumah, change mind x nak makan ikan yang digoreng.  
So, tukar plan kita rebus je, but in a special way...

First step, prepare bahan2 asas masakan. Cuci ikan bersih2, Bawang, hiris2, Cili, Bawang putih dicincang, Tomato nak bagi masam sikit. Serai ketuk dengan lesung batu bagi pecah serai tu, then daun ketumbar bagi bau sedap.


Second step, Letak minyak sikit je, tumis semua bahan yang disediakan tadi.


Bila da naik bau, masuk secawan air


Masukkan ikan, tomato dan garam secukup rasa.


Tunggu sampai mendidih. Jangan bagi didih lama sangat nanti ikan lembik sgt.


Ready to be served..... Nyummy.





Monday, April 11, 2011

Seafood Carbonara modified to Asian Taste


My home made Carbonara become my sis' fav.. Even da several time makan pun, x reti2 jugak dia buat sendiri.. Tau makan kepala udang je si Tikah tu.. Da lame da nak share resepi ni tp asyk sibuk je lately.. Now got some time to write, will share this resepi specially dedicate to Atiqah Razali. Hope one day dapatla makan Carbonara yang dia buat...

Bahan Bahan

-1 biji bawang kuning, 5 biji cili hijau (blend together)
-1 biji kentang (blend)
-1 tin button mushroom
-1 packet fresh button mushroom
-15 ekor udang XXL (klu beli udang kat TESCO)
-1 tin ready made Prego Cabonara Sauce. 
- Daun oregano
-Parmesan cheese
-Any type of pasta

Chara Membuatnya

* Siang Udang, (just buang janggut n duri je), cuci n rebus dgn air yang sedikit.
  Air rebusan udang jgn buang, ambil udang je kupas kulit n buang kepala.
  Nak sedap lagi, kulit n kepala udang tu bley blend n tapis, ambil air as prawn stock. 
  Klu x nak blend kepala udang tu boleh bagi Tikah makan.

* Blend bawang dgn cili, pastu tumis dgn mrnggunakan minyak yang sedikit je sampai wangi.

* Masukkan all da button mushromm, kacau2 kacau2 sampai layu mushroom2 tu.

* Masukkan udang, air rebusan udang, stock udang dan Kentang yg telah diblend. kacau sampai mendidih.

* Finally boleh masukkan Prego Carbonara sauce, kacau n tutup api.

* Very easy. Its done. Ready dihidangka dgn daun oregano dan Parmesan cheese, bersama2 pasta yang telah   
  direbus sampai masak. 
 (Klu guna pasta yg mcm screw ni, jgn pulak terlebih rebus sampai jadi mcm kuew teow..pesanan dari Atiqah   
 Razali sbb dia da ada experience..) 






Tuesday, February 1, 2011

Salad Sedap

Sejak2 tikah tinggal dgn aku ni, asyik masak ja hari2.. breakfast ready, lunch ready, siap bawak bekal pi office lagi.. balik rumah, masak lagi.. since last week selera more to western food ja.. Ada orang makan, baru la best memasak. Kalu masak then makan sorang2, bosan la..selalu terlebih masak pulak tu,.rugi.mmg x pandaila masak in a very small portion. Selalu nampak macam x cukup. Tamak jugak tu sebenarnya.. This Salad Sedap was made last Sunday for my breakfast, n also sempat jamu my friends yang datang untuk projek menjahit kitorang..
Actually the taste was really good, after added NESTLÉ FITNESSE honey and almond,,and added many many many many almond.. En. Tony ask for recipe when i upload this photo at facebook.
En. Tony, salin la this recipe n mesti buat tau.. dont take da recipe kalau sekadar nak buat pekasam je eh..


Bahan-Bahan
-Salad Bulat macam Tony, (can use any type of salad also, i used this type of salad coz its crunchy)
-Cherry Tomato
-Anggur, time shopping kat Mydin ritu jupe sejenis anggur yang sangat kecil, n da taste really nice.x pyh    
  potong2, bley masukkan sebiji2 terus.
-Capsicum dihiris hiris
-Yougart plain or flavored one, ikut selera anda lah ye.
-Almond yang dah siap digoreng / dibakar
-Thousand island. Seperti komen my sister di facebook, "salad dressing tu not good. kalau nak diet makan dengan olive oil  
   and balsamic vinegarje...." so jangan taruh banyak2 k..thats y i guna yougart to meke it taste good, without so 
  many thousand island
-NESTLÉ FITNESSE honey and almond


Chara2 Membuatnya..
-Basuh mana2 yang pelu dibasuh, salad mesti keringkan. 
-Potong mana2 yang perlu dipotong, dont cut too small, this is not for making kerabu
-Salad, Cherry Tomato, Capsicum, Anggur, n yougart, gaul toghether2.. bila dah serata, masukkan dalam  
  mangkuk, then tabur almond, NESTLÉ FITNESSE honey and almond. Last skali baru masukkan thousand 
  island.

Wednesday, January 26, 2011

Quick n Easy Grilled Black Paper Chiken

Makaanan paling cepat n paling senang disediakan,..as easy as preparing mee segera.. Pas prepare Sup Labu, rasa mcm x cukup plak kan makan sup saja. Makanya, saya pun mengeluarkn ayam dalam fridge yang dibeli Isnin lalu di Mydin usj.

Quickly wash it, then perah lemon, Tabur lada hitam, add some oyster sauce, pastu saja2 tambah daun oregano. Panggang dalam oven selama 15minit pada suhu 200 degree.. Nak sedap lagi, perap semalaman, esok baru panggang. Oklatu resepi ni kalau sekadar tetiba rasa nak makan someting yang digrilled..makan sampai kenyang. Cuma lambat sikit la kalau rasa nak makan, baru nak kluar beli ayam.. On da way nak pi beli ayam tu, lalu pulak depan Secret recipe, terus singgah makan ayam black paper kat Secret Recipe. Senang cerita.


Idea baru di rumah baru dalam pinggan baru, masa nak bakar tu bakar skali dgn cendawan shitakae my favourite. Cendawan tu jadi sdp dikunyah2 mcm daging plak. Sejak saya makan capsicum dlm subway, its become my fav now. ...So potong capsicum skali untuk seimbangkan makanan anda.. 

Pumpkin Soup

First time i ate Sup Labu time pegi rumah kakak taun lepas kot.. sedap.. Tetibe je rini rasa nak makan sup labu. Memandangkan bos x de di office, google lah saya mencari resepi sup labu. Belambak2 resepi sup labu kat internet. nah, ambik ko. As usual, i like to modified n adding up someting new in resepi sedia ada.. Hasilnya.. My Yummy yummy Pumpkin Soup. 


Now, i'm gona share da recipi here...Resepi yang telah diubah suai supaya bersesuaian dengan sebiji labu. 


Bahan-Bahan

- Sebiji Labu (1.3kg) kupas, potong n steam
- Sebiji bawang kuning potong halus
- 2 ulas bawang putih potong halus
- Sebiji Kentang potong dadu halus
- 6 biji cili padi, kasik pedas sikit
- 300ml fresh milk
- 200ml air kosong
- 1/4 anchor butter
- 8 ekor udang segar, kupas kulit 
   ( kalau ikut resepi kat internet, they use 
     stock or chiken stock, x mainla stock2
     ready made ni. So, i used da fresh one)
- Garam secukup rasa
- 1 teaspoon black paper
- Kulit kayu manis sket

Chara Membuatnya  (teringat baca buku resepi mak ejaan lama chamca, chara,..)

- Chairkan butter dalam kuali, tumis bawang2 dan chili sampai perang bawang tu.
- Masukkan potato n goreng sampai masak.
- Masukkan udang, kacau 5 minit.
- Tuang susu segar dalam kuali..diikuti labu & air.
- Kacau 10 minit / sampai sebati / sampai labu tu lembik n jadi macam bubur.
- Tutup api, biar sejuk sikit, then take half and blend.
   i x blend semua bcoz i like rasa bila tergigit2 sikit labu yg x hancur..
- Sedia untuk dihidangkan, semangkuk besar tau dapat soup ni. Klau pi makn
  di restoran, mahal betul price dia. Padahal modal sebiji labu baru RM 1.25 sen je..
- Make sure makan time panas, n boleh dimakan dengan roti lembut, Baguette, 
  or biskut mayat.. hirup seperiuk pun sodap..